Agak lama juga kali terakhir aku meng'update'kan blog ini. Ya lah...sibuk sikit ditambah lagi dengan pc aku yang telah dijangkiti virus dan memerlukan rawatan. Sekarang masih dalam proses rawatan oleh Alex, rakan sepejabat aku yang kerjayanya membaiki komputer. Semalam aku pergi kayuh basikal bersama group abg ipar aku, Hj Kadir. Mula dari layby Sesco ke tambak Bako-Sejingkat-Barrage-Bintawa-Yoshi Square-Bukit Chung Hua-UMW Toyota-Lumba Kuda-Jln Ban Hock-Jln Mc Dougal-Pdg Merdeka-Kpg Masjid (Pit Stop)-bersurai. Taklah jauh sangat, about 27 km. Bolehlah setakat keluarkan peluh dan melancarkan perjalanan darah. Pagi Ahad lalu, aku kayuh dengan Ahed mula jam 6.30pg tapi cuaca tidak berapa baik, hujan rintis mula turun sejurus keluar dari rumah. Lalu kami decided to change direction, kami ke Bukit DBKU instead. Distant tak jauh tapi peluh banyak keluar. That was my 2nd time panjat Bukit Siol. Naik dan tehat sebentar and then turun balik ke rumah. Cukup dan puas. Hehehe...
Aku tengah berfikir panjang, untuk memilih jenama basikal yang seterusnya. Aku sudah punya 2 basikal. Pertama Giant Yukon warna oren/putih (2nd hand). Kedua Giant XTC Team warna putih (baru). Aku masih perlukan 1 lagi basikal untuk mencukupi 3 orang kayuh mesra anak bini, itupun hanya seorang sahaja anak ikut serta. Insyallah ada rezeki nanti boleh tambah 1 lagi untuk anak perempuan saya, Afah. Ya lah....masih belum aku putuskan yang mana satu nak beli. Jenama yang didalam kepala sekarang, Trek 8500 atau Fuji Tahoe. Both available di kedai Siong.
No comments:
Post a Comment