Sunday, March 8, 2009

Perasmian Taman Mesra Bako






























Semalam aku, Wahid & Hj Mat sudah siap sedia untuk 'cycling' awal pagi ini tapi cuaca tidak mengizinkan. Hujan renyai-renyai...pagi ini jam 8pg ada perlumbaan mountain bike flag-off di Masja tapi oleh kerana hujan kami tidak turut serta. Insyallah petang nanti kalau cuaca baik kami akan keluar cycling. Besok pagi, aku dengan Hj Khaider bersama dengan ahli-ahli team yang lain about 20 orang akan ke Sematan for the off-road track ride. Maybe on the next post aku akan upload foto-foto di Sematan. Pada post ini, ada sedikit foto semasa Perasmian Taman Mesra Bako yang diambil semasa 2 minggu lepas. Kumpulan kami telah di jemput oleh YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Abang Haji Openg ke upacara perasmian Taman Mesra Bako. Kami telah diminta untuk mengiringi beliau dan VIP yang lain berbasikal mengelilingi taman perumahan tersebut sejurus selepas beliau merasmikan nya. Ini adalah kali kedua kumpulan kami yang di ketuai oleh Hj Khaider dijemput untuk acara perasmian oleh beliau. Kali pertama dulu adalah untuk merasmikan Hari Promosi Kesihatan yang telah diadakan di Padang Merdeka, Kuching.

No comments:

Post a Comment