
Pada hari Ahad, 26hb April 2009, aktiviti Mountain Biking yang seterusnya adalah di Padang Pan, Bau. Kawasan yang terletak diantara pekan Bau dan Serikin. Sayang sekali, aku tidak dapat turut serta dalam expedisi tersebut. Daripada foto-foto ini, pasti kepuasan yang tidak terhingga!! Wow! Apa kan daya, aku terpaksa memilih antara 2 perkara; tugas penting yang harus aku pikul tanpa memilih waktu atau hari
DAN aktiviti lasak 'Mountain Biking' di kawasan pergunungan dan hutan asli. Tapi sempat juga aku pergi memecut mengeluarkan peluhku walaupun hanya untuk seketika sahaja di hari Ahad awal pagi dan lewat petang. Rakan-rakan yang pergi ke Padang Pan adalah Rudy Santa Cruz, Zainal EPF, Yen & Ahim. Hanya mereka berempat sahaja. Berikut adalah rekod expedisi tersebut:-
Total Distance = 13 Km - 7 Km Jalan tanah/Singletrack - 3 Km Uphill - 3 Km DownhillMula 9 pg habis 12 tgh
No comments:
Post a Comment